Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Tuntutan palsu guna nama ibu



MOHD. FAIZAL menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Shah Alam semalam selepas didapati bersalah membuat tuntutan palsu tahun lalu.


SHAH ALAM – Seorang pembantu pertahanan awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Hulu Selangor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM3,936 tahun lalu.
Mohd. Faizal Zahri, 31, didakwa mengemukakan tuntutan elaun latihan, tugas dan perjalanan mengandungi butiran palsu menggunakan nama ibunya, Hasnah Dollah, 53, yang merupakan sukarelawan jabatan berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, anak kepada peneroka Felda itu didakwa menipu kerani pejabat JPAM dengan menghantar 11 borang tuntutan palsu.
Perbuatan Mohd. Faizal menghantar borang tuntutan palsu tersebut telah memperdaya kerani itu untuk meluluskan pengeluaran baucar sebanyak RM3,936 secara berkala yang dimasukkan ke dalam akaun bank Hasnah.
Tertuduh yang memegang kad pengeluaran wang automatik ibunya telah mengeluarkan wang berkenaan.
Ibu tertuduh sebenarnya tidak pernah menjalani tugasan atau latihan sukarelawan JPAM Hulu Selangor sepanjang tempoh tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3F7fsjU5d 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment