Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Tumpas dalam tempoh 24 jam


Port Dickson: Sekumpulan enam lelaki aktif melakukan samun bersenjata di daerah ini ditahan polis, awal pagi semalam.
Penahanan suspek berusia 18 hingga 30 tahun itu dalam tempoh 24 jam selepas melakukan jenayah, hasil kecekapan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson melakukan siasatan berdasarkan maklumat disalurkan mangsa. 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, dengan penahanan keenam-enam suspek, pihaknya yakin menyelesaikan tiga kes samun membabitkan tiga kedai runcit di bandar ini. 

“Semua suspek terbabit ditangkap di sebuah rumah sewa di bandar Port Dickson pada jam 2.30 pagi dan hasil ujian saringan awal mendapati mereka positif dadah.
Foto
ANTARA barang dirampas daripada suspek.

“Taktik kumpulan ini ialah masuk ke kedai dan menyamar pelanggan sebelum mengeluarkan parang untuk mengugut peniaga dan menyamun barangan berupa minuman keras, rokok, kad tambah nilai, komputer riba dan wang tunai,” katanya, semalam.

Baharudin berkata, siasatan awal menunjukkan kumpulan terbabit kerap menyasarkan kedai runcit dan telekomunikasi. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment