Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Tujuh pelatih asrama akhlak lolos berjaya ditangkap



TUJUH pelatih di Asrama Akhlak Silibin yang meloloskan diri dari asrama berkenaan berjaya ditangkap semula di tebing sungai Sri Kinta, Jalan Sungai Pari di Buntong, Ipoh, hari ini. - Foto Muhammad Apendy Issahak
IPOH: Tujuh pelatih di Asrama Akhlak Silibin yang meloloskan diri dari asrama berkenaan hari ini, ditangkap semula di tebing sungai Sri Kinta, Jalan Sungai Pari di Buntong di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, bertindak atas laporan, anggota dari Balai Polis Buntong menemui semua pelatih berumur lingkungan 14 hingga 17 tahun itu.
"Kesemua pelatih dibawa balik ke Balai Polis Kampung Baru sebelum diserahkan kepada Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat Asrama Akhlak Silibin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pelatih berkenaan meloloskan diri melalui pagar tepi asrama dengan memotong pagar menggunakan pemotong besi. - BERNAMA

1 comment:

  1. Tarikh bersejarah yang akan ku kenang sepanjang perkhidmatan

    ReplyDelete