Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Tubuh kaku di sebalik timbunan daun kering

Ipoh: Mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 28 tahun ditemui dengan kesan kelar di lehernya di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Russel di sini, semalam.
Mayat mangsa yang lengkap berseluar jeans dan berbaju-T ditemui orang awam jam 11.45 pagi dalam keadaan seluruh badannya ditutup dengan daun pokok.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tempoh 24 jam.
“Motif kejadian masih disiasat. Pemeriksaan awal hanya menemui satu kesan kelar pada leher mangsa selain tatu pada dadanya.
“Dokumen perjalanan diri serta beberapa kad milik mangsa turut ditemui di dalam poket seluarnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:04 AM


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4158#sthash.oVRB2EF8.dpuf

No comments:

Post a Comment