Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Tiga gelabah bawa dadah


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Tindakan gelabah tiga lelaki menaiki dua motosikal yang cuba membuat pusing U membongkar kegiatan semua suspek yang menjual dadah di daerah Brickfields.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, semua suspek bagaimanapun tidak sempat melarikan diri apabila diberkas anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pantai di kawasan Pantai Dalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, anggota CPJ yang sedang menjalankan rondaan menahan semua lelaki berusia lingkungan 20-an itu.

Menurutnya, pemeriksaan awal pada badan semua suspek tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

“Bagaimanapun polis kemudian membuat pemeriksaan di dalam bakul motosikal Honda EX5 milik salah seorang suspek.

“Hasil pemeriksaan itu polis menemui satu peket plastik mengandungi daun kering disyaki ganja disembunyikan di dalam kocek jaket biru diletakkan di dalam bakul itu,” katanya.

Menurutnya, semua suspek ditahan dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.

Muhammad Azlee berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan jam 11 malam Jumaat lalu, anggota CPJ Balai Polis Pantai turut menahan seorang lelaki di persimpangan masuk ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 20-an menemui satu peket plastik mengandungi serbuk dadah heroin dalam poket seluar.



Suspek terbabit kini turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment