Anggota polis memeriksa senapang yang dijumpai nelayandi Persiaran Karpal Singh semalam |
Menurut sumber, kejadian itu adalah kali kedua dialami nelayan yang hanya dikenali sebagai Lim ketika menangkap ikan di kawasan berkenaan.
“Selepas bawa naik senjata itu, Lim dan rakannya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Jelutong,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan mendapatinya ia bukan senjata api sebaliknya hanya menyerupai senapang betul.
“Ia senjata yang digunakan untuk permainan paint ball," katanya
No comments:
Post a Comment