Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Tergamam wang RM27,000 dikebas


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Ipoh: Seorang pesara wanita terpaksa menempuh detik cemas selepas cermin kereta dinaikinya dipecahkan dua lelaki sebelum suspek bertindak menyamunnya, menyebabkan dia kerugian RM27,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang, berhampiran persimpangan Jalan Sultan Abdul Jalil, di sini, mangsa berusia 60 tahun difahamkan baru selesai mengeluarkan wang caruman persaraannya dari sebuah bank di Gunung Rapat.


Sumber berkata, mangsa yang sedang memandu keretanya berseorangan tergamam selepas mendengar dentuman kuat sebelum mendapati cermin kereta sebelah penumpang dipecahkan salah seorang suspek.

Menurutnya, suspek yang memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar terus bertindak memasukkan badannya ke dalam kereta sebelum mengambil beg tangan yang diletakkan di hadapan kerusi penumpang.


Katanya, mangsa yang tergamam serta takut hanya mampu menjerit sebelum suspek melarikan diri bersama seorang lagi rakannya menggunakan motosikal Honda EX5.


“Selain wang tunai RM27,000, barangan peribadi seperti buku bank, kad kredit dan sebuah telefon bimbit jenama Samsung turut dilarikan suspek.

“Mangsa mengalami luka di bahagian jari mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran. Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, di sini, sejurus selepas kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment