Kejadian itu berlaku ketika Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper yang sedang bermesyuarat di dalam bangunan Parlimen semalam, namun beliau berjaya diselamatkan.
Lelaki berkenaan bagaimanapun berjaya ditembak mati oleh pihak berkuasa dalam bangunan tersebut.
Saksi berkata, lelaki berkenaan melepaskan tembakan ke arah seorang anggota tentera yang sedang berkawal di Memorial Perang Kebangsaan, sebelum memasuki bangunan Parlimen tidak lama kemudian.
Polis Kanada, bagaimana pun memaklumkan, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian itu dilakukan oleh orang yang sama.
Polis juga tidak menolak kemungkinan penglibatan seorang lagi lelaki bersenjata dalam insiden berkenaan.
Polis kini menyiasat seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Michael Zehaf-Bibeau yang disyaki suspek serangan di Parlimen semalam, dan menurut sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS), nama asal lelaki itu ialah Michael Joseph Hall.
Kejadian tembakan itu menyusul selepas dua anggota tentera di Quebec diserang oleh seorang individu yang merupakan seorang mualaf pada Isnin lalu.
Pegawai polis memaklumkan bahawa lelaki yang menyerang bangunan Parlimen itu juga merupakan seorang mualaf warga Kanada.
Pembunuhan anggota tentera itu yang berlaku buat kali kedua minggu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan. – REUTERS