Pejalan kaki terpaksa mengharungi angin ribut kencang di Naha, Okinawa selepas Taufan Vongfong membadai Jepun.
Pejalan kaki terpaksa mengharungi angin ribut kencang
 di Naha, Okinawa selepas Taufan Vongfong membadai Jepun.
TOKYO - JEPUN. Sekurang-kurangnya seorang hilang manakala puluhan yang lain cedera selepas Taufan Vongfong membadai pulau Kyushu di Makurazaki, Jepun, menurut agensi kaji cuaca, semalam.

Taufan membadai sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) dan membawa angin berkelajuan sehingga 180 kilometer (km) sejam turut menyebabkan lebih 300 penerbangan terpaksa dibatalkan.

"Taufan dijangka bergerak ke bahagian timur laut melalui kepulauan Jepun pada kelajuan sehingga 30 km sejam dan ia boleh mencapai daerah Kanto termasuk Tokyo selewat-lewatnya awal hari ini," menurut AP.

Sementara itu, pegawai di pejabat anti bencana Marazuki, Naoki Jomori berkata, pihaknya menggesa penduduk sekitar yang terlibat dengan bencana tersebut supaya sentiasa berjaga-jaga memandangkan mereka masih berada dalam zon ribut.