Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Taktik tak menjadi



Yusmawati_yusof@hmetro.com.my


Melaka: Taktik dua lelaki warga Kemboja bersembunyi di bawah timbunan baju dan atas siling tidak berhasil apabila tindakan mereka berjaya dihidu pegawai Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Rambai, di sini, semalam.

Serbuan pada jam 1 pagi itu turut membongkar rahsia seorang daripada mereka berusia 25 tahun tinggal lebih masa di negara ini selama dua tahun lima bulan dan dipercayai mengambil upah menjahit pakaian.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri Norhafiza Junaidi berkata, tindakan lelaki itu dan rakannya berusia 32 tahun disedari pegawainya selepas mendengar bunyi bising di siling rumah dua tingkat didiami mereka bersama lima rakan senegara yang lain.

“Selepas 10 minit pintu rumah itu diketuk, pegawai kami mendengar bunyi bising di bahagian siling sebelum memecah masuk melalui pintu belakang dan pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 32 tahun bersembunyi di atas siling rumah terbabit.

“Rakannya berusia 25 tahun ditemui di bawah timbunan baju di dalam sebuah bilik selepas pegawai kami melihat sebahagian kakinya terkeluar.

“Dia dipercayai bersembunyi di bawah timbunan baju kerana takut ditahan selepas tinggal lebih masa di negara ini lebih dua tahun dan rakannya pula selama 11 bulan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri Ab Ghani Ab Karim.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:09 AM


ANGGOTA imigresen terpaksa memanjat siling bagi menahan pendatang asing.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2610#sthash.KXdSSHby.dpuf

No comments:

Post a Comment