Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Taktik menyorok dalam timbunan kain gagal



NORHAFIZA (berdiri dari kiri) memeriksa 21 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam satu operasi sekitar Melaka Tengah di pejabat Imigresen Melaka, Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Taktik seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Kemboja menyorok di bawah timbunan pakaian bagi mengelak daripada ditangkap gagal apabila dia ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Rambai di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, lelaki berkenaan pada mulanya bersembunyi di atas siling rumah tersebut bersama seorang rakan, namun selepas menyedari kedudukannya dikesan anggota penguat kuasa, dia beralih lalu bersembunyi di bawah timbunan kain pula.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan berjaya menemuinya sedang menyorok di dalam timbunan pakaian selepas mendapati terdapat siling pecah di bilik berkenaan.
Penolong Pengarah Imigresen negeri, Norhafiza Junaidi berkata, dalam serbuan tersebut, seorang lagi rakan suspek yang juga warga Kemboja berjaya ditangkap di atas siling rumah tersebut.
“Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang jahit itu telah tinggal melebihi masa antara 11 bulan hingga dua tahun setengah di negara ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ayer Keroh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3GTbvQIlz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment