Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Tahan wanita simpan mayat bayi


Montreal: Seorang wanita didakwa selepas polis menemui enam mayat bayi reput dalam rumahnya di Winnipeg.
Jurucakap polis berkata, Andrea Giesbrecht, 40, ditahan atas tuduhan menyembunyikan mayat kanak-kanak..
“Pemilik unit penyimpanan itu sudah dikenal pasti dan polis menahannya di luar kediamannya kerana disyaki terbabit.
“Wanita itu yang juga dikenali sebagai Andrea Naworynski, kini dalam tahanan,” katanya.
Sebelum ini, polis mengesyaki ada empat mayat dalam tempat simpanan itu, namun hasil siasatan menemui dua lagi mayat reput.
“Pemeriksaan forensik dan bedah siasatan sedang dijalankan, keputusannya mengambil masa beberapa bulan,” kata jurucakap itu.
Setakat ini belum diketahui punca sebenar kematian semua mayat berkenaan atau usia mereka.
Selasa lalu, polis mendedahkan beberapa individu disoal berhubung penemuan itu.
Menurut media, pekerja tempat penyimpanan mula mengesan bau yang teramat busuk Isnin lalu dan membuat pemeriksaan sebelum menemui mayat berkenaan.
Andrea sebelum ini pernah didakwa menipu wang jirannya, seorang warga emas dengan CAD$7,000 (RM20,388) kerana masalah perjudian. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3761#sthash.6L1N1BPh.dpuf

No comments:

Post a Comment