Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Syed Azmi terima ancaman bunuh



Syed Aazmi (kiri) membuat permohonan maaf susulan kontroversi program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang dianjurkannya di Petaling Jaya semalam. Turut kelihatan Syahredzan Johan, peguam yang mewakilinya.


PETALING JAYA – Selepas me­nerima lebih 2,000 cacian dan ugutan termasuk ancaman bunuh, penganjur program kontroversi ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’, Syed Azmi Alhabshi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam semalam.
Cercaan dan ancaman bunuh terhadap Syed Azmi mengenai program itu yang dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Park, Bandar Utama di sini menyebabkan ahli farmasi berdaftar itu kini hidup dalam keadaan ketakutan.
Aktivis sosial berusia 30-an itu, tampil bersama peguamnya, Syahredzan Johan dan penganjur bersama program tersebut, Norhayati Ismail, dalam satu sidang akhbar di sini semalam.
Syed Azmi bagaimanapun tidak menyertai sesi soal jawab bersama media apabila bergegas keluar dari dewan sebaik selesai membacakan permohonan maafnya itu.
Syahredzan menjelaskan, tindakan itu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3HC6AaAOE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment