Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Ninja si tukang cat


Gombak: Seorang perompak menutup muka ala ‘ninja’ diberkas polis ketika sedang menyorok di bawah jambatan selepas merompak dan memukul kepala dua beranak awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi semalam, suspek berusia 39 tahun itu menceroboh masuk sebuah rumah di Kampung Changkat di sini, untuk merompak namun gagal berikutan kehadirannya disedari pemilik kediaman.
Susulan itu suspek yang bekerja sebagai tukang baiki rumah bertindak ganas menyerang mangsa menggunakan batang besi hingga menyebabkan mangsa cedera.

Serangan itu menyebabkan pemilik rumah wanita berusia 40-an cedera di kepala dan menerima 12 jahitan sementara anak lelakinya berusia lima tahun menerima tiga jahitan di kepala.
Foto
SUSPEK warga Indonesia yang ditahan.
Foto
KESAN darah di bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek masuk ke dalam rumah itu melalui siling tandas ketika mangsa sedang tidur di bilik.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tersedar dan terkejut sejurus melihat suspek bertopeng berdiri di sebelah katil.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment