Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa memiliki 3.2 liter air daun ketum di rumahnya 18 Oktober lalu.
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa memiliki 3.2 liter air daun ketum di rumahnya 18 Oktober lalu.
TEMERLOH – Seorang suri rumah mengaku salah atas pertuduhan memiliki 3,200 mililiter (ml) atau dua botol cecair air daun ketum di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh Che Yam Harun 46, mengaku bersalah sebaik sahaja jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan itu di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tidak diberi kuasa untuk memiliki bahan psikotropik yang disyaki cecair ketum di rumahnya di Felda Mengkuang, Triang kira-kira jam 6 petang pada 18 Oktober lalu.

Tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh semalam mengaku bersalah di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 30 (5) Akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu hasil ujian air kencing.