Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Sudah jatuh ditimpa tangga


Oleh Syazwan Msar
Bentong: Seorang lelaki kerugian lebih RM300,000 apabila Porsche Cayenne miliknya dilarikan penyamun ketika berhenti di kawasan sunyi berdekatan jalan susur keluar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, dekat sini, 4.30 pagi ini.

Malah, mangsa berusia 28 tahun itu turut kerugian RM15,000 kerana disamun.


Ketika kejadian, mangsa memandu berseorangan dari Genting Highlands, dekat sini, menuju ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata ketika tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menghalang laluannya menyebabkan dia terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan.


"Kenderaan mangsa kemudian dilanggar pula dari belakang oleh kereta lain. Mangsa yang menyangka tindakan itu tidak disengajakan bertindak keluar dari kenderaannya untuk melihat apa sebenar berlaku.


"Tindakan itu jelas mengundang padah apabila dia didatangi dua lelaki bersenjatakan pisau yang kemudian menyamun beg mengandungi dokumen penting serta RM15,000 yang dibawa mangsa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiga suspek termasuk penunggang motosikal berusia lingkungan 20 tahun turut bertindak melarikan kereta mewah miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment