Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Suami isteri ditahan miliki 327kg ganja dalam pikap


Nam Phong, Thailand: Sepasang suami isteri ditahan ketika memandu di lebuh raya kerana memiliki ganja seberat 327 kilogram kelmarin.
Jurucakap polis lebuh raya Left Kol Anan Witsetsamit berkata, tangkapan itu dibuat di Mitraparp.
“Polis menahan sebuah lori pikap kira-kira jam 11 malam dan apabila diperiksa, sebanyak 327 ketulan ganja dengan setiap seberat satu kilogram ditemui dalam 11 beg benih pokok,” katanya.
Pemandu lori Charit Burikhan, 37, dan isterinya Siriporn Paprom, 22, berasal dari daerah Muang, Nakhon Phanom ditahan serta-merta.
Dalam siasatan, Charit mengaku diupah Bt80,000 (RM8,000) untuk menghantar dadah berkenaan dari daerah Tha Uthen di Nakhon Phanom kepada pelanggan di Wang Noy, Ayutthaya.
Katanya, dadah berkenaan diseludup dari Laos melalui Sungai Mekong.
Polis menganggarkan dadah berkenaan dijual dengan harga antara Bt4,000 (RM400) hingga Bt100,000 (RM10,000) satu kilogram, bergantung kepada lokasi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 3:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3421#sthash.IjFZo4OF.dpuf

No comments:

Post a Comment