Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Suami, adik didenda RM700 kerana cederakan isteri, teman lelaki

KHAMIS, 2 OKTOBER 2014 @ 5:48 PM

 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru berkahwin dan adiknya hari ini didenda RM700 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya dan teman lelaki September lepas.

Nurhaqiqi Nur Salam, 23, dan Abdul Rahman Nur Salam, 22, dituduh mencederakan isteri Nurhaqiqi iaitu Nuramira Roslan dan teman lelakinya, Hasbullah Mohamad Kamal di Jalan Desa Rejang 10, Wangsa Maju di sini kira-kira 11 malam pada 29 September lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim menjatuhi hukuman denda RM400 bagi pertuduhan mencederakan Nurhaqiqi manakala RM300 kerana mencederakan Hasbullah, seorang mekanik, terhadap setiap tertuduh.



Ketika rayuan, peguam Zulkifli Awang yang mewakili kedua-dua tertuduh memberitahu mahkamah bahawa Nurhaqiqi tidak bekerja manakala Abdul Rahman bekerja sebagai penyelenggara dan mereka tinggal dengan ibu bapa mereka.

Sebelum menjatuhi hukuman Nurul Ain menegur Nurhaqiqi dan Abdul Rahman kerana terlalu mengikut perasaan sehingga bertindak melakukan kesalahan itu.

"Lain kali kalau hendak bertindak ikutlah undang-undang yang ada, jangan bertindak sendiri tetapi ikut saluran yang sepatutnya...tengok sekarang kamu yang berada di mahkamah," katanya.

Haqiqi memberitahu mahkamah isterinya melarikan diri selepas 10 hari mereka berkahwin dan memberi alasan ingin pulang ke rumah keluarga tetapi sebaliknya dia mengikut teman lelakinya itu.

Nurul Ain turut menasihati Nurhaqiqi supaya melaporkan perkara itu kepada jabatan agama dan jangan bertindak mengikut perasaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment