Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Sindiket cipta dadah hijau


Kota Kinabalu: Sejenis cecair berwarna hijau dipercayai menjadi ‘produk’ terbaru sindiket dadah di negara ini apabila didapati mempunyai campuran ekstasi yang memberi kesan lebih kuat berbanding dalam bentuk pil atau kapsul.
Cecair hijau dijual pada harga RM100 sebotol kecil itu mudah larut dalam air dan diminum begitu saja, sekali gus memberi kesan khayal dengan cepat. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Rahim Dolmat berkata, penemuan dadah itu pertama seumpamanya di Malaysia yang dirampas polis dalam serbuan di kondominium di Tanjung Lipat, Likas, di sini, Jumaat lalu. 

“Polis masih menyiasat kandungan sebenar cecair itu melalui ujian di makmal, namun siasatan awal mendapati ia mempunyai kandungan ekstasi.
Foto
RAHIM menunjukkan cecair hijau disyaki campuran ekstasi.

Mengikut harga pasaran, sebiji pil ekstasi dijual sekitar RM50, namun bagi cecair hijau ini ia dijual pada harga RM100 bagi setiap botol kecil,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment