Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Sebab mulut Badan merana


Chon Buri, Thailand: Seorang pegawai tentera Kuwait cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pengawal bar di pantai Pattaya semalam ekoran mengutuk pusat hiburan itu gagal memuaskan hatinya.
Mejar Badan Nazan Alsubai-i yang berusia 30 tahun dipukul di depan bar Spice Girls di Pattaya Selatan kira-kira jam 3 pagi (waktu tempatan).
Sumber polis berkata, Badan mengalami kecederaan pada siku kanan dan lebam di kepala, selain parah ditikam pisau pada kanan tangannya.
Dia dikejarkan ke hospital Pattaya untuk mendapatkan rawatan.
Kata sumber, Badan berang kerana bar berkenaan tidak membuat persembahan lucah seperti dijanjikan ‘ulat’ di kawasan hiburan berkenaan.
“Badan memberitahu polis, dia dan dua rakannya berjalan di Walking Street apabila dihampiri dua lelaki tempatan yang memujuk untuk melihat persembahan wanita seksi di bar itu dengan syarat sanggup membayar Bt500 (RM50) seorang.
“Selepas memasuki bar, mereka mendapati tidak ada wanita berbogel di atas pentas seperti dijanjikan,” katanya.
Polis yang menjalankan siasatan sudah menangkap seorang suspek untuk membantu dalam siasatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3526#sthash.wI8NwllV.dpuf

No comments:

Post a Comment