Muhammad Faiz Azumar Ammin dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas mengaku melakukan dua rompakan bersenjata dan merogol.
Muhammad Faiz Azumar Ammin dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas mengaku melakukan dua rompakan bersenjata dan merogol.
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai bertindak bukan hanya melakukan rompakan bersenjata terhadap dua wanita dalam tempoh dua hari, malah
turut merogol salah seorang mangsa selepas melakukan jenayah itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Am min Mohd Noor, 26, dijatuhi huku man penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Dia mengaku salah atas dua pertuduhan merompak menggunakan senjata serta satu pertuduhan merogol mangsa yang juga seorang amah.

Berdasarkan pertuduhan rompakan bersenjata, tertuduh mengaku salah melakukan jenayah berkenaan terhadap mangsa, Nur Fatin Mohd Nizam Prushothman,
20, pada 10 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 6 pagi.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan di rumah mang sa di Jalan Sekolah Menengah Tg Intan Zaharah, Dungun, menggunakan sebilah pisau dan merompak sebuah hard disc milik mangsa.

Dia dijatuhi hukuman pen jara tujuh tahun dan satu sebatan. Bagi pertuduhan mengikut Seksyen sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merompak menggunakan senjata sebilah parang ke atas seorang amah dan melarikan seutas rantai emas, seutas gelang emas, dua buah telefon bimbit.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM3,000 itu pada 12 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 5 pagi, di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.

Bagi pengakuan salah itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun  dan dikenakan dua sebatan.

Dalam masa sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merogol mangsa  selepas melakukan jenayah berkenaan iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) (b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu.

Untuk kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan.

Bagaimanapun, Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad  mengarahkan kesemua hukuman penjara yang dikenakan itu berjalan serentak.