Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Samun lagak drebar teksi


Oleh Mohd Rizal Abdullah

mohd.rizal@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Menyamar sebagai pemandu teksi sebelum menyamun mangsa. Itu taktik digunakan seorang perompak untuk memperdaya puluhan mangsa terutama dalam kalangan pelancong asing.
Kegiatan suspek berusia 25 tahun itu sejak beberapa bulan lalu bagaimanapun ditumpaskan selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields memberkas suspek pada 11 Oktober lalu.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, suspek dicekup bersama teksi yang digunakan untuk melakukan jenayah.
Ketua Polis IPD Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek kerap menyasarkan pelancong asing yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi.
Menurutnya, suspek akan berlegar di sekitar hotel terkemuka yang kerap menjadi pilihan pelancong asing untuk menginap.
"Suspek memujuk pelancong terbabit menggunakan khidmat teksinya.
"Mangsa kemudian dibawa ke lokasi sunyi sebelum diugut dengan parang. Mangsa dirompak sebelum ditinggal di tepi jalan," katanya pada sidang media di IPD Brickfields di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2509#sthash.uPakUZHu.dpuf

No comments:

Post a Comment