Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Remaja 14 tahun dihasut berjihad


SEREMBAN – Ideologi jihad yang disemarakkan kumpulan Negara Islam (IS) semakin membimbangkan apabila pasukan keselamatan mengesan seorang remaja berusia 14 tahun turut terpengaruh dengan kumpulan itu sehingga bersedia untuk berjihad.
Sumber keselamatan memberitahu, maklumat risikan mendapati ideologi IS kini semakin menular. Jika sebelum ini membabitkan kumpulan mereka yang berumur 20 hingga 40-an namun kini kumpulan yang berumur belasan tahun juga sudah terpengaruh untuk mati syahid.
“Pelajar yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Selangor itu dikesan terpengaruh dengan perjuangan IS selepas dia dipercayai berkomunikasi dengan Akel Zainal, seorang pemuzik Malaysia, yang kini berada di Syria untuk berperang,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mengikut sumber itu lagi, berdasarkan komunikasi antara remaja itu dan Akel yang bermula pada awal tahun ini, pelajar itu dipercayai sudah bersedia untuk meninggalkan keluarganya dan pergi ke Syria untuk sama-sama berjihad dengan IS.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3GAGBQ9N4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment