Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Polis tumpas sindiket curi kereta mewah ‘Geng Sekinchan’



Munusamy (kiri) menunjukkan sebahagian kenderaan mewah yang dirampas selepas menumpaskan ‘Geng Sekinchan’ di ipd Sentul, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi kereta mewah membabitkan nilai rampasan RM1.3 juta di sekitar Selangor baru-baru ini.
Kegiatan sindiket yang aktif dua tahun lalu dikenali sebagai Geng Sekinchan itu terbongkar selepas pihak polis menahan 12 suspek termasuk enam pembeli dalam beberapa serbuan di sekitar Cheras, Tanjung Karang dan Kuala Selangor sejak 14 Oktober hingga kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, sindiket itu menggunakan modus ope­randi dengan menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk menarik minat pembeli sebelum kende­raan dijual pada harga murah.
Katanya, bagi meyakinkan pembeli, suspek turut memberitahu ken­deraan itu antara kereta yang ditarik oleh pihak bank selain mendakwa sebahagian kenderaan itu dibeli dari Singapura.
“Mereka akan memperdayakan pembeli dengan pelbagai cara termasuk menjual kereta separuh daripada harga pasaran selain meminta wang tambahan untuk mendapatkan geran yang telah siap ditukar nama.
“Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas cukai jalan tamat dan tidak dapat memperbaharuinya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3HC6ZMyh8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment