Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Polis tahan 10 suspek kes culik di Johor

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 1:23 PM

 
JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 suspek termasuk seorang wanita berusia 29 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes menculik seorang lelaki pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata mangsa berusia 21 tahun itu dikurung di sebuah hotel di bandar raya ini oleh kumpulan berkenaan yang dipercayai Ah Long.

Beliau berkata, selain menyelamatkan mangsa, polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk parang, pisau, pedang dan telefon bimbit pelbagai jenis.

Katanya, semakan polis turut mendapati seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah lampau.



Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Johor di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Mohd Mokhtar turut mengumumkan kejayaan polis menumpaskan sindiket samun didalangi warga asing di daerah Batu Pahat, Sabtu lalu.

Katanya, kesemua suspek warga Indonesia berusia 27 hingga 30 tahun itu ditahan polis di sebuah rumah kongsi di Yong Peng, dekat sini.


KETUA Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan rampasan pelbagai jenis senjata dipercayai milik Ah Long ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin


No comments:

Post a Comment