Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Polis rampas syabu bernilai RM2.8j



PARAMASIVAM (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas oleh polis pada sidang akhbar di Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Polis berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas kira-kira 33 kilogram dadah jenis syabu dalam tiga serbuan berasingan di Lim Garden di sini Ahad lalu.
Dadah yang bernilai hampir RM2.8 juta itu dirampas di sebuah rumah banglo satu tingkat yang menjalankan perniagaan katering sejak dua tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, serbuan pertama yang dilakukan pada pukul 10.30 pagi itu mendapati premis berkenaan tidak berpenghuni sebelum anggota polis bertindak memecah masuk dan menjumpai makmal mini memproses syabu.
“Pihak polis berjaya merampas dadah berkenaan yang ditempatkan dalam beberapa jenis bekas seperti bekas silinder, bekas aluminium dan baldi dalam dua bentuk iaitu krital dan juga cecair.
“Berdasarkan nilai pasaran terkini, satu kilogram syabu berkenaan berharga RM90,000 selain dadah seberat itu boleh dibekalkan kepada sejumlah 32,000 penagih dadah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3GAGMvhVf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment