Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Polis Perak pantau semua lokasi bank


IPOH 3 Okt. - Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diarah untuk melipatgandakan rondaan serta pemantauan di lokasi-lokasi perbankan bagi mengelak berlakunya sebarang kes penggodaman mesin pengeluaran wang auto­matik (ATM) di negeri ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak untuk mengadakan pertemuan bersama institusi perbankan bagi meningkatkan tahap keselamatan di premis berkenaan.
“Rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan bank di negeri ini perlu diperkuatkan dan dipertingkatkan kerana kita mungkin menjadi sasaran jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim melibatkan Deputi Supritendan R. Supramaniam kepada Supritendan Ahmad Mat Isa, di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_08/Polis-Perak-pantau-semua-lokasi-bank#ixzz3F7bAOvxv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment