Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Polis hamil mati ditikam


Beijing: Kerajaan China semalam menuduh dua penduduk Xinjiang menikam mati seorang anggota polis wanita.
Dalam kenyataan yang disiarkan stesen televisyen China Central Television (CCTV), polis berkata, lelaki berkenaan menaiki motosikal dan mengguna senjata tajam untuk 'menyerang dan membunuh kejam' anggota polis berkenaan.
Etnik polis wanita terbabit tidak didedahkan, begitu juga dengan namanya.
Bagaimanapun, dia dipercayai berbangsa Uighur dan dilaporkan hamil dua bulan.
Kejadian berlaku kelmarin berhampiran sebuah pasar di daerah Pishan.
- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1620#sthash.MjFqSPWZ.dpuf

No comments:

Post a Comment