Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 12:27 PM
- Gambar hiasan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah tersebut, dipercayai methamphetamine, dirampas selepas Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) memintas sebuah kiriman udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad kira-kira pukul 7.15 malam.
"Konsainan itu datang dalam bentuk lapan paket besar yang mengandungi dadah. Ia dibungkus dalam karung guni dan diterbangkan dari Adis Ababa melalui penerbangan Ethiopia.
"Kami menerima maklumat bahawa penghantaran akan tiba semalam berikutan soal siasat yang dilakukan ke atas sembilan lelaki Nigeria yang ditahan dua minggu lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Isnin.
Pada 11 Oktober, The Star melaporkan bahawa sembilan lelaki Nigeria, ditahan di beberapa lokasi dalam rangkaian serbuan oleh Sting.
Serbuan dilancarkan berikutan rampasan 3.3kg methamphetamine di lapangan terbang dari kargo udara (penerbangan) dari Nigeria.
Sindiket itu juga dilaporkan secara aktif mengedar dadah di Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment