Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Polis ambil keterangan cikgu



BEGINILAH keadaan sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa yang dibakar samseng pada Ahad lalu.


KUALA LUMPUR – Pihak polis akan memanggil beberapa orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di sini untuk dirakam percakapan mereka berhubung kejadian membakar sebuah kelas di sekolah itu pada Ahad lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Asmadi Abdul Aziz berkata, percakapan guru-guru itu akan diambil secepat mungkin bagi membantu polis melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian dan siapakah individu yang bertindak ala samseng dalam kawasan sekolah.
“Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh dan sedang mencari individu yang terlibat dalam perbuatan gengster ini sehingga mencetuskan kekecohan di sekolah terbabit,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan ibu bapa atau waris pelajar yang bimbang sekiranya terdapat anak-anak mereka terpengaruh dengan gejala tidak sihat di sekolah, malah ada sebahagian lagi ibu bapa bimbang anak-anak mereka terancam dengan kegiatan samseng itu.
Bagaimanapun, kata Asmadi, sehingga semalam belum ada suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu atau tangkapan.
Difahamkan sekolah tersebut mempunyai ramai pelajar dalam kalangan anak-anak polis yang tinggal di sebuah kuarters di Setiawangsa.
Kosmo! kelmarin melaporkan, dendam membara seorang pelajar tingkatan lima terhadap sekumpulan rakannya dalam laman Facebook sejak setahun sampai ke kemuncaknya pada Ahad lalu apabila dia bertindak membakar sebuah kelas di sekolahnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3GAFjHDdN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment