Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Pesawat Cessna terhempas dalam laut di Cyprus


PIHAK berkuasa Cyprus menghantar sebuah helikopter untuk mencari serpihan pesawat berkenaan dan meletakkan pasukan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga. - Foto cyprus-mail.com
NICOSIA: Sebuah pesawat dalam penerbangan ke Beirut dengan dua orang penumpang terhempas selepas berlepas dari Cyprus, menurut pihak berkuasa Lubnan hari ini.
Menteri Dalam Negeri Lubnan, Nuhaq El Mashnouq, memberitahu laman web sebuah akhbar tempatan, pihak berkuasa dapat mengesan serpihan pesawat Cyprus itu kira-kira 100 kilometer dari pantai Lubnan.
Media Cyprus menyatakan serpihan pesawat terbabit dikesan kira-kira 75 kilometer nautika dari Larnaca, di tenggara pantai Cyprus.
Pesawat Cessna terbabit hilang ketika dalam penerbangan ke Beirut.
Polis berkata pihak berkuasa Cyprus menghantar sebuah helikopter untuk mencari serpihan pesawat berkenaan dan meletakkan pasukan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga.
Pesawat Cessna. - Foto Aerotrips.com
Setakat ini, tidak ada petanda mengenai punca kehilangan pesawat berkenaan.
Laporan di Beirut menyatakan dua orang, seorang juruterbang Lubnan dan seorang warga Cyprus, dikatakan menjalani latihan penerbangan menggunakan pesawat berkenaan.
Pengawal udara cuba menghubungi pesawat itu berkali-kali tetapi tidak menerima jawapan. - AFP

No comments:

Post a Comment