GENEVA 23 Okt. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, bilangan pesakit yang menghidap wabak Ebola di negara-negara barat Afrika ketika ini sudah mencecah 9,936 orang, ketika para saintis bergelut mencari penawar untuk penyakit berkenaan.
Menurut WHO, kesemua kes itu berlaku di tiga buah negara yang terjejas teruk akibat wabak tersebut iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Pakar kesihatan memberi amaran jumlah penduduk yang dijangkiti Ebola bakal mencecah 10,000 orang pada awal Disember ini dan sehingga ini jumlah mereka yang terkorban sudah mencecah 4,877 orang.
Statistik terbaharu itu dikeluarkan ketika WHO mengadakan perbincangan pusingan ketiga berkenaan wabak Ebola di Geneva semalam, dalam usaha mencari cara terbaik bagi mengawal wabak yang membawa maut itu. – AFP
No comments:
Post a Comment