Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Perompak gagal rompak mesin ATM BSN


18 Oktober 2014


MIRI - Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permyjaya hari ini.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner, Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.

Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan. - Bernama

No comments:

Post a Comment