Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Perompak gagal larikan ATM BSN di Permyjaya

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 11:31 AM

 
MIRI: Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permyjaya pagi tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi dalam cubaan jam 5.10 pagi tadi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.

Beliau berkata, ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan.



Beliau berkata, semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment