Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Perjuangan Ammar lawan virus JE



Haniza (tiga dari kanan) bersama Abdul Aziz (tiga dari kiri) dan kakitangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang membantu Muhammad Ammar mencuba katil baharu yang disumbangkan hospital itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – “Tiada apa lagi yang saya harapkan selain mahu melihat dia pulih seperti sediakala dan pergi ke sekolah semula. Teruskan berjuang wahai anakku.”
Itu luahan Haniza Ayob, 40, ibu kepada Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli Muhammad Ammar, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini yang pernah koma akibat dijangkiti virus Japanese ensefalitis (JE), Mei lalu.
Haniza berkata, selepas dibenarkan keluar daripada hospital Ogos lalu, tahap kesihatan anaknya bertambah baik.
“Ketika dirawat di hospital selama sebulan, dia (Muhammad Ammar) koma malahan doktor yang merawatnya memberitahu sangat jarang pesakit JE dapat sembuh dan kembali normal.
“Tetapi sekarang, saya boleh katakan anak saya sudah 80 peratus pulih. Selain bercakap, Muhammad Ammar juga sudah boleh berjalan dan membaca. Dia juga dapat mengingat semula beberapa surah al-Quran yang dihafalnya termasuklah surah Yasin,” katanya.
Haniza berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Pulau Pinang, Abdul Aziz Abdul Rahman di rumahnya di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3GTbcJdMZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment