Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Perbicaraan kes Kassim Ahmad ditangguh

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 11:34 AM

 
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menangguhkan kes perbicaraan bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad kepada 14 dan 15 Januari tahun depan.

Hakim Syarie Azzeman Omar memutuskan perkara itu selepas Kassim, 82, tidak dapat hadir ke mahkamah atas faktor kesihatan.

Kes berkenaan sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula hari ini.

Kassim sebelum ini dituduh di mahkamah kerana menghina agama Islam serta mengingkari pihak berkuasa agama.


 

BEKAS aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad.

No comments:

Post a Comment