Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Penyamun ada pistol kena cekup



TAJUDIN (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kegiatan sekumpulan dua lelaki melakukan samun bersenjata api sejak tiga tahun lalu berakhir apabila mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, pada 2 Oktober lalu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah di Taman Teratai Mewah, Setapak di sini selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di luar rumah berkenaan.
Menurutnya, siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan 12 butir peluru hidup di dalam rumah itu dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti samun sekitar Kuala Lumpur.
“Kami turut merampas sebuah motosikal curi di rumah berkenaan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah samun.
“Suspek turut didapati mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes curi motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3GTb7eXpr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment