Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis Hong Kong

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 1:48 PM

 
HONG KONG: Polis pencegah rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong hari ini ketika mereka menduduki semula kawasan yang dikosongkan sehari sebelum itu, menyebabkan beberapa orang ditahan dan menjejaskan rundingan bagi menamatkan kebuntuan politik itu.

Polis menggunakan belantan dan semburan pemedih mata terhadap penunjuk perasaan itu yang melindungi diri mereka dengan payung di daerah Mongkok.

Menurut wartawan AFP, kumpulan aktivis itu bergegas menaikkan semula penghadang di kawasan yang dibuka polis kepada lalu lintas 24 jam sebelum itu, manakala ribuan lain mengadakan bantahan duduk di khemah bantahan yang wujud hampir tiga minggu.

Dalam satu kenyataan, polis Hong Kong menyatakan mereka melakukan 26 penahanan dalam pergelutan dengan orang ramai yang menjangkau 9,000 orang pada awal pagi ini manakala 15 anggota polis mengalami kecederaan.



Hab kewangan Asia itu digegarkan selama beberapa minggu oleh penunjuk perasaan - sesetengahnya menarik kehadiran puluhan ribu orang - bagi menggesa pilihan raya bebas dan peletakan jawatan pemimpin bandar raya berkenaan, Leung Chun-ying. - AFP


Anggota polis bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi sebelum tengah malam tadi di daerah Mongkok, Hong Kong. - Foto EPA

No comments:

Post a Comment