Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Penumpang tersadai


Kuala Lumpur: Segelintir pengusaha bas ekspres tanpa permit dikesan menggunakan khidmat ‘tonto’ selepas menyedari pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melakukan operasi besar-besaran malam kelmarin.
Ini terbukti apabila ratusan penumpang bas ekspres tersadai di hentian bas Pudu Sentral di sini, selepas beberapa bas bermasalah itu tidak muncul mengambil penumpang seperti dijanjikan. 
Kebanyakan bas ekspres itu dipercayai menyorok di lokasi tertentu sejurus menyedari Operasi Parasit dan Serkap dilakukan SPAD sempena musim perayaan. 

Seorang penumpang bas yang menjadi mangsa, Yusof Ismail, 24, berkata, dia terpaksa menunggu lebih tiga jam di hentian bas Pudu Sentral selepas bas ekspres yang bakal membawanya ke Butterworth, Pulau Pinang tidak muncul.
Foto
PENUMPANG menunggu bas ekspres di Pudu Sentral.

Menurutnya, dia bersama 30 penumpang lain sepatutnya bertolak menaiki bas ke destinasi dituju jam 11 malam.

“Malangnya kami diarahkan berjalan kaki sejauh dua kilometer. Terdapat sebuah bas ekspres menunggu di lokasi tersorok. 

“Kami diarah menaiki bas itu. Bagaimanapun pemandu bas itu enggan memandu dan hanya menyuruh kami menunggu,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment