Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Peniaga dituduh pukul wanita


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Oktober 2014

KUANTAN – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, semalam atas tuduhan memukul seorang wanita, dua tahun lalu.

Tertuduh Nik Ahmad Fasli Nik Abdullah, 26, dari Tumpat, Kelantan didakwa melakukan kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Norul Fakiah Mohd, 24, sehingga cedera di mulut di Kampung Kubang Ikan Cherating pada 9 Ogos 2013 kira-kira jam 7.45 petang.

Tertuduh yang bekerja sebagai penjual pakaian di pasar merayu jumlah wang denda RM3,000 dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan mempunyai tanggungan
iaitu dua anak yang masih kecil.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar dan mahkamah menetapkan 12 November depan sebagai tarikh perbicaraan.

No comments:

Post a Comment