Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Pengutip hutang ditemui mati dalam kenderaan


JOHOR BAHRU 3 Okt. - Seorang pengutip hutang ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah di sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Wahib Musa memberitahu, mangsa, Asif Khan Ayob, 32, yang berasal dari Pekan Nenas, Pontian, ditemui orang awam pada pukul 1.40 pagi.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai baru selesai menarik sebuah kenderaan yang gagal dibayar pemiliknya.
“Ketika ditemui di dalam kenderaan yang berkunci serta kesemua tingkap ditutup rapat, mangsa masih berpakaian lengkap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Wahib, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan dari setiap aspek dan individu yang mempunyai maklumat diminta menghubung pihak polis atau berkunjung ke balai berdekatan.
Katanya, punca kematian masih dalam siasatan dan setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_06/Pengutip-hutang-ditemui-mati-dalam-kenderaan#ixzz3F7arypWO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment