Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Penghuni dua rumah diarah pindah


Georgetown: Penghuni di dua kediaman diarahkan berpindah atas sebab keselamatan akibat kejadian tanah runtuh di Lorong Air Terjun, Taman Gottlieb, Bagan Jermal, 8 malam tadi.
Kejadian turut menyebabkan kedua dua kediaman itu mengalami kerosakan pada bahagian dapur selain dimasuki air lumpur.
Sebuah rumah menglami kerosakan sebanyak 10 peratus manakala sebuah lagi dianggarkan rosak sebanyak 40 peratus.

Jurucakap bomba mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa.
Foto
KEJADIAN tanah runtuh melibatkan 2 buah rumah.
Foto
RUMAH dimasuki air lumpur akibat tanah runtuh.

Kesemua mangsa terbabit dibantu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut menyediakan penginapan sementara.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment