Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Pengedar dadah warga Iran ditahan



KHALID mendedahkan penahanan lima suspek termasuk empat warga Iran yang dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar ibu kota melalui laman sosial Twitternya semalam.


KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia berjaya menahan lima individu termasuk seorang wanita yang dipercayai pengedar dadah melibatkan rampasan lebih tujuh kilogram dadah jenis syabu di pusat bandar di sini kelmarin.
Daripada tangkapan itu juga, pasukan tersebut berjaya merampas pelbagai jenis kenderaan mewah.
Pendedahan itu dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter rasminya semalam.
Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu.
“Syabas STING @PDRMsia berjaya lagi tangkap 5 pengedar dadah (4 Iran) rampas lebih 7 kilogram Syabu dan berbagai kenderaan mewah di KL tadi,” katanya yang dipetik melalui Twitternya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3H0cT2pXA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment