Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Pengawal mengaku bunuh 39 orang

DA Rocha (berpakaian oren) ketika dihadapkan ke mahkamah, semalam.
Goiani (Brazil): Seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun yang tinggal bersama-sama ibunya mungkin menjadi antara orang paling banyak melakukan pembunuhan di dunia selepas mengaku membunuh 39 orang.
Thiago Henrique Gomes da Rocha ditahan oleh polis kerana menunggang motosikal menggunakan plat palsu.
Tetapi, beberapa hari kemudian, dia mengaku melakukan pembunuhan itu.
Dalam kenyataannya kepada polis, da Rocha berkata, dia berasa berang terhadap apa saja dan kemarahannya itu hanya akan reda apabila dia melakukan pembunuhan.
Menurutnya, dia membunuh mangsanya dengan menembak mereka sambil menunggang motosikal.
Semalam, da Rocha cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya dengan kaca mentol lampu di dalam bilik kurungannya.
Antara mangsanya ialah 16 wanita yang tinggal di Goiania.
Kebanyakan mereka, termasuk seorang gadis berusia 14 tahun yang dibunuh di sebuah taman Januari lalu dan dua wanita berumur pertengahan 20-an tahun pada Mei lalu, ditembak mati tahun ini.
Polis berkata, da Raocha juga mengaku membunuh beberapa pondan dan orang bergelandangan.
Dia ditangkap Selasa lalu oleh pasukan khas yang ditubuh untuk menjejaki seorang pembunuh bersiri selepas beberapa pembunuhan yang dilakukannya mencetuskan panik di kalangan penduduk tempatan.
Da Rocha berkata, dia biasanya akan menjerit ‘rompakan,’ sebelum menembak dan melarikan diri tanpa mengambil apa-apa daripada mangsa.
Sepucuk revolver .38 ditemui di rumah yang dikongsi bersama ibunya dalam satu serbuan.
Menurut media tempatan, lelaki itu membunuh mangsanya kerana mahu meredakan perasaan risaunya.
Senarai 15 pembunuh bersiri era moden diketuai warga Columbia, Luis Gravito, pembunuh kanak-kanak yang juga perogol.
Dia dipercayai membunuh lebih 400 kanak-kanak gelandangan.
Sebelum da Rocha, Pedro Rodrigues Filho dianggap pembunuh paling teruk di Brazil dengan membunuh lebih 100 mangsa, 47 daripada mereka banduan.
Dia membunuh dua mangsa pertamanya pada usia 14 tahun. Dia juga membunuh bapanya dan memakan jantung mangsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:06 AM See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2576#sthash.4T6jtg9C.dpuf

No comments:

Post a Comment