Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Pengawal keselamatan kritikal dipukul tiga penjenayah

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 1:29 PM

 
MELAKA: Seorang pengawal keselamatan kritikal selepas dipukul di bahagian kepala oleh tiga penjenayah dalam kejadian samun di sebuah institut latihan memandu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Omar Osman, 63, dipukul di kepala dengan sebatang kayu, selain kaki dan tangannya diikat oleh penjenayah berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek masuk ke dalam institusi itu menerusi pintu pagar depan dan menunggu mangsa sehingga selesai makan sebelum menyerangnya.

Selepas memukul pengawal keselamatan terbabit, semua suspek memecah masuk kedai koperasi dan pejabat institusi berkenaan sebelum melarikan wang tunai dipercayai berjumlah kira-kira RM1,000.



Omar yang ditemui terbaring oleh peniaga kantin di institut itu, Zarina Hashim, 50, ketika mahu memulakan perniagaannya dibawa ke Hospital Melaka sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika ditemui mengesahkan kes kejadian.

No comments:

Post a Comment