Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tee Hock Keong, 47, yang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan kepadanya oleh jurubahasa dalam dialek Mandarin.
Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit bersama-sama dua lagi individu yang masih bebas didakwa membunuh Lans Koperal Hazry Siddek, 30, kira-kira pukul 2.45 pagi, 12 Oktober lalu di Jalan Batu Nilam 34, berhampiran Blok E, Bukit Tinggi 2 di sini.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodiah Ab. Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Majistret Ahmad Feisal Mohd. Azmi menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.