Search This Blog

Wednesday, October 22, 2014

Pemuda maut dirempuh khinzir


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Oktober 2014

MARAN - Seorang pemuda maut selepas motosikal dibonceng bersama rakan baik dirempuh seekor khinzir  yang melintas dalam kejadian di Jalan Kampung Berkat, kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Mangsa, Amir Iskandar Mohd Zawawi, 23, disahkan meninggal dunia lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Rakan mangsa, Ahmad Amiro Fitri Roslee, 20, berkata, dia menunggang motosikal jenis Suzuki Smash itu dari Balai Raya Kampung Berkat dan dalam perjalanan menghantar pulang mangsa ke rumah yang terletak berdekatan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang menuruni bukit, seekor khinzir melintas secara tiba-tiba lalu merempuh bahagian sisi motosikal.

“Rempuhan kuat menyebabkan motosikal terbabas dan arwah yang membonceng tercampak.

“Arwah ketika itu masih dalam keadaan sedar namun menahan kesakitan akibat parah di kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku di lokasi jalan menuruni bukit yang gelap dan bergarisan kembar.

No comments:

Post a Comment