Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Pembunuh upahan mati dalam tahanan


Johannesburg: Seorang pembunuh upahan Afrika Selatan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isteri seorang ahli perniagaan Britain meninggal dunia dalam tahanan akibat ketumbuhan otak sebelum sempat memberi keterangan di mahkamah.
Xolilie Mngeni, 27, didiagnos menghidap ketumbuhan otak pada 2011, tidak lama selepas didapati bersalah menembak mati Anni Dewani ketika mangsa berbulan madu di Afrika Selatan.
Dia yang meninggal dunia di hospital penjara yang menjadi tempat dia menjalani hukuman sepatutnya memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Western Cape terhadap suami Anni, Shrien, yang didakwa menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu.
Dewani - yang diperintahkan diekstradisi ke Afrika Selatan - mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh isterinya itu pada November 2010. Tiga lelaki tempatan termasuk Mngeni dihukum penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.
Minggu lalu, Shrien mengakui dalam keterangannya di mahkamah bahawa dia dwiseksual yang menjawab spekulasi media bahawa dia merancang pembunuhan Anni untuk membebaskan dirinya daripada perkahwinan mereka. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2980#sthash.8HlfAXZU.dpuf

No comments:

Post a Comment