Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Pembantu JPAM mengaku menipu


Tertuduh, Mohd Faizal Zahri, 31, mengaku bersalah terhadap 11 tuntutan yang sudah dibayar ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik ibunya, Hasnah Dolah, 53.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tujuan tertuduh adalah untuk membantu sukarelawan seliaannya, namun, matlamat tidak menghalalkan cara.
“Sebagai kakitangan awam, kamu mesti berintegriti tinggi.
Walaupun niat kamu baik, namun sekiranya kamu tidak tertangkap, setiap bulan kamu akan teruskan perbuatan itu,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Faizal didakwa telah menipu Pembantu Tadbir JPAM Selangor Kamaliah Zaini, 32, dengan cara memperdayakannya untuk meluluskan bayaran sebanyak RM 3,936 kepada ibunya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 5 April hingga 5 Ogos tahun lalu di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Hulu Selangor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment