Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Pemandu treler maut gara-gara motosikal terbabas


22 Oktober 2014


KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yangditunggangnya terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 18 JalanPintasan dekat sini pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, dalam nahas jam 8.02 pagi itu mangsa, Shaik Omar ShaikHussin, 65, yang bekerja sebagai pemandu treler mati di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku semasa mangsa yang menetap di Batu 8 Jalan Gambang di sini itu menunggang sendirian dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum jatuh ke dalam longkang," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati jalan sehala dua lorong itu tidak sibuk dan cuaca juga dalam keadaan baik semasa kejadian.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

No comments:

Post a Comment